BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 15 Mei 2011

Manggo Yogurt Cake

Hari ni xda aktiviti yang menarik sebenarnya...juz stay dekat umah...juz minor aktiviti macam kemas umah, basuh baju n lipat baju..so disebabkan penat menyapu sampah satu rumah yang dipenuhi dengan cik semut hitam n keluarganya tu,rasa malas nak masak pun mulala timbul kan...then,aku pun apa lagi,mula la suggest untuk gi mkn dekat anjung keli...mmg puasla mkn..biasala kan,bab mkn ni xpenahnya tak puas..puas je memanjang..so disebabkan hari ni xda aktiviti memasak apa2,terasa plak nak mencuba resepi manggo yogurt cake by Mat Gebu...teringinnya dari semalam lagi tapi ni baru berkesempatan nak gi beli barang2...mmg sangat puas hati sbb menjadi cakenya...sgt gebu n sedap...xmanis sgt..juz nice la...ini pada pendapat aku la kan...taktau la kot ada yang merasa tapi cakap xsedap...ada aku kesah?asal aku puas nak mkn..hihihi...so dibawah ni aku titipkan gambar2 cake yang dibakar sekali ngan resepi yang dicedok dari blog mat gebu...manala tau kot2 ada yang nak mencuba kan....thanx 2 Mat Gebu....


MANGGO YOGURT CAKE

BAHAN-BAHANNYA :
1 1/2 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam halus* (*disatukan dan ayak)
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus (mat gebu gunakan gula perang)
1/2 cawan minyak sayur (mat gebu gunakan minyak canola)
1 camca besar penuh sunquick perisa mangga
1 cawan yogurt perisa mangga

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan oven pada suhu 175c,sapukan majerin pada loyang.ketepikan.
2. Satukan telur,gula,minyak sayur,perisa sunquick dan yogurt dalam satu bekas, kacau dengan whisk    
    sehingga rata dan sebati.masukkan bahan2 yang telah diayak dan gaul hingga rata.
3. Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 50 minitatau hingga masak.

Siap sudah cake yang menjadi idaman

setelah dipotong2 untuk disantap


0 ulasan: