BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 24 Mac 2010

..bapak..

Alhamdulillah bapak dah semakin sihat...sebelum ni muka bapak kurang ceria tapi kini dah terpancar keresahan di wajahnya.mungkin dengan keizinan Yang Maha Esa, segala ubat2 yang digunakan berkesan..risau?mmg kami sekeluarga risau...bapaklah penyeri.tanpa bapak,mama resah,anak jadi gundah gulana...tapi bapak kuat semangat,tak sekali pun dia mengadu kesakitan.mungkin bapak taknak buat kami risau.tapi kalau boleh ditukar rasa sakit,aku sanggup jd gantinya...tapi ketentuan Allah tak siapa mampu mengubah...
Ya Tuhan,
Aku panjatkan doa agar Engkau sembuhkan bapakku..kembalikan kesihatan bapakku & panjangkan usianya agar sempat kami membalas jasa2nya yang tak ternilai..ameen..

Isnin, 22 Mac 2010

(",) Sad Day (",)

back 2 normal routine...go 2 school n all ma sisters go back 2 KL 2day..hurmmm.. im gonna miss their big laughter.huhu...what a sad day but i have 2 adapt wif it...yeah.. at least mama n bapak still here wif me...2 accompany me n im not alone actually... huhu...try 2 make my self hepy..i really2 hope dat diz coming week end,they will be here again...n im gonna be hepy...ok...got 2 stop here...chow...

----@ celebrating mom's burfday in advance @----

... Our luvly mom ...

haluu...dh lama tak update blog..so 2nite got sumthng 2 share..actually, mama punya burfday bukanla arini but on 28 Mac ni.tapi memandangkan all my sisters nak balik KL esok,so kitorang pun celebrate burfday mama in advance....so hepy coz dapat gather sama2 n celebrate it 4 our luvly mom walaupun tanpa kehadiran 2 org abg2ku yang ensem tuh.hihihi...kitorng xlah beli kek yg besar coz 4 sure takkan abis so beli 4 slices of cakes yang enak2 fr secret recipe..mom so hepy...hopefully diz weekend,all ma siblings can come back home n celebrate it once again...i really hope dat...anyway, HEPY BURFDAY MAMA, WE LURVE U SO MUCH...

 
 
 
 
4 Slices cake yang sodap2....


insan2 yang memeriahkan lagi celebration nih...sorry 2 kak yati n haziq coz tak smpat nak amik gambaq.. ngeh ngeh ngeh....

Ahad, 14 Mac 2010

..heavy supper..



..selamat malam...hihihi..sepatutnya dh tidoq tapi lapaq plak..so how?mula la kaki aku ni nak melangkah ke dapoq..aiyooo,mls nak mkn nasi so mula berlegar2 dalam kepala otak ni nak mkn apa...maka munculla idea nak wat roti sardin goreng.. tok asyik menyoal apa yang nak dibuat...aku hanya tersenyum n cakap "ala,nanti tok tgk ja la" hihihi..konon2 surprise sgt la kan...tapi bila dh siap dia bukan nak makan pun sebab tok kata dia tak mkn sardin..jadi terpaksalah aku makan sorang2...so,2 all my fwenz,jemput mkn yer....

Sabtu, 13 Mac 2010

----@ hepy day @----

..juz came back fr lepaking ngan kengkwn...dh lama tak meluangkan masa ngan kwn2 baikku nih...since primary school,kami mmg bersama.tq fikri,tabak,najib n dilla..anyway, congratz 2 Jeff sbb dah kawen..semoga kekal hingga ke akhir hayat n cepat2 dpt baby...tadi after attend kenduri Jeff,sempat gi tgk Jie n her baby,Hannah. she's so adorable....so cute mcm Jie n of coz sweet mcm Joe...semoga ngan kehadiran Hannah akan buat life both of u makin ceria..untuk kwn2 ku yang dah berumah tangga,semoga bahagia hgga akhir hayat..utk yang sedang merancang ke arah itu,semoga cepat2 melangsungkan n 4 those yang masing single mingle cam aku ni,lets enjoy diz meaningful life....kita enjoy dulu..ngeh ngeh ngeh...

Jumaat, 12 Mac 2010

... school holiday ...

Hari ni last day persekolahan...cuti lagi 4 another 1 week....im not sure whether im hepy @ not coz nobody at home..mama n bapak still dekat KL so tinggal dgn tok ja lah...huhuh...i wish i could go 2 KL also tapi banyak sgt undangan kenduri yang tak dapat dielakkan..so,i choose 2 stay at home...rindu plak dekat anak2 muridku...bila dekat asyik menempik sana sini tapi bila jauh itulah yang dikenang..hihi... almaklumlah,akukan ratu jerit n pembuli..ngeh ngeh ngeh..ngan teman2 sebilik guru pun rindu gak..takleh nak bergosip...apapun,harap cuti ni dapat memberikan semangat untuk smua guru2 malaysia untuk mengajar minggu depan..hihi.. including me...n from 2day,aku kena la merancang aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti ni... to all my fwenz,hepy holiday....c u next week...

Rabu, 10 Mac 2010

8 Petanda Dia Adalah Soulmate Anda.....



Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Tapi apa petandanya? lets check it out....


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?


Isnin, 8 Mac 2010

Special 4 mama n bapak

Bapak yang tercinta..
Masih jelas dalam ingatanku..
Saat kau muda bertenaga,
kau habisi peluhmu buat kami berenam..
tanpa ada jawapan tidak,
kau curahkan segala kasih sayang..
Demi kemahuan kami, kau turuti semuanya..
Walaupun putera & puteri mu ini tidak pernah membalasnya..
Namun kau teruskan tugasmu tanpa cacat cela..

Mama yang tersayang...
Rindu anakmu ini
dengan segala leteran berguna..
Tegahanmu ada hikmahnya..
Marahmu ada pujuknya..
Mana mungkin akan ku temui,
insan yang di sebalik wajah itu
ada sekeping hati yang lembut..
Menunjukkan kasih seorang ibu..
Biarpun anakmu ini masih tidak mengerti,
Kau teruskan jua janjimu pada Illahi..

Bapak dan mama yang tersayang..
Banyak sudah yang kalian korbankan..
Kalian berjaya kini mendidik kami
menjadi orang yang berguna..
Berbakti kepada anak bangsa..

Bapak dan mama..
Doakanlah anakmu ini..
Meneruskan tugas yang mulia..
Moga dengan restu kalian,
perjuangan anakmu ini sentiasa dipermudahkan..

Ya Allah Ya Tuhanku..
kasihanilah ibu dan ayahku..
Sepertimana mereka mengasihaniku,
Sewaktu aku masih kecil..
Sejahterakanlah kehidupan mereka...
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

"Anugerah Terindah"

"Dihiaskan (dan dijadikan indah)kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini oleh nafsu ialah perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak,kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan ternakan serta kebun. semuanya ialah kesenangan hidup di dunia." (Ali-Imran : 14)

Anak merupakan satu anugerah terindah bagi pasangan yang sudah berumahtangga.kehadiran anak dianggap sebagai penyejuk mata di saat jiwa beserabut dengan pelbagai masalah. bagi pasangan yang tak berupaya memiliki zuriat sendiri, mereka sanggup berusaha mengambil anak angkat sebagai penghibur dan penawar...namun,semuanya terpulang kepada kehendak Ilahi...

Sepanjang 3 bulan bergelar guru pend khas di SMK Arau, pelbagai peristiwa pahit & manis dpt dirasai.melihat keletah anak-anak yang tak mengerti erti kehidupan sebenar ini membuatkan hati benar2 tersentuh..kadang2 terdetik di hati bagaimana perasaan ibu bapa yang memiliki anak2 sebegini... mungkin tak mampu diucapkan perasaan tersebut namun sy pasti hati mereka redha menerima anugerah terindah kurniaan Ilahi ini.

Kadang2 tercetus rasa marah bila anak2 ini kurang memberikan perhatian apabila sesi pembelajaran bermula.tapi,itulah lumrah kejadian mereka yang perlu kita terima & insafi...namun, masih ada yang tidak tahu menghargai anugerah terindah ini.sesetengah ibu bapa lansung tak mengambil berat mengenai kebajikan serta pengurusan diri anak2 ini.tak salah rasanya andai diluangkan sedikit masa untuk menunjukkan kasih sayang dan prihatin terhadap anak sendiri..

apa yang lebih mengejutkan,ada segelintir ibu bapa yang sanggup mengaku anak mereka berstatus OKU semata2 nak dapatkan elaun pend khas sedangkan anak mereka tidak mengalami sebarang kecacatan dan mampu belajar setanding pelajar aliran normal...namun apalah kuasa guru..kami hanya menjalankan tugas mendidik mereka dan berdoa agar mereka sentiasa dilindungi Allah.

Apa yang pasti,alangkah beruntungnya ibu bapa yang memiliki anak2 istimewa ini kerana sekiranya kebajikan anak2 dijaga sebaiknya,syurgalah tempat yang dijanjikan Allah kelak....Insyaallah...

me n ma luvly family

Ahad, 7 Mac 2010

Hari Rajin Memasak




diz is my 1st tyme tulis blog ni.walaupun dah lama create tapi tak pernah berkesempatan nak menggodamnya. so, nothing special 2day... memandangkan hari ni cuti,so terasa rajin nak memasak... so awal2 pagi dh ikut bapak gi "nat purba" (pasar) untuk beli bahan2 memasak.... rupanya seronok jugak kan aktiviti sebegini. sekali sekala tapi kalo selalu pun ok gak i think...balik jer dari nat trus memulakan aktiviti memasak.. arini nak masak bergedil daging n kerabu mangga....mula2 takut gak tak menjadi tapi alhamdulillah berjaya juga akhirnya..n da most important thng,rasanya sedap..hihi...ni ala2 puji diri sendiri la nih...harap2 minat memasak ni takkan terhenti disini...skang ni tgh tingin sgt nak mencuba buat cupcakes...maybe cuti skolah ni masa yang terbaik untuk try..insyaallah..so,stop sini dulu n nanti sambung lagi...adios...