"Dihiaskan (dan dijadikan indah)kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini oleh nafsu ialah perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak,kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan ternakan serta kebun. semuanya ialah kesenangan hidup di dunia." (Ali-Imran : 14)
Anak merupakan satu anugerah terindah bagi pasangan yang sudah berumahtangga.kehadiran anak dianggap sebagai penyejuk mata di saat jiwa beserabut dengan pelbagai masalah. bagi pasangan yang tak berupaya memiliki zuriat sendiri, mereka sanggup berusaha mengambil anak angkat sebagai penghibur dan penawar...namun,semuanya terpulang kepada kehendak Ilahi...
Sepanjang 3 bulan bergelar guru pend khas di SMK Arau, pelbagai peristiwa pahit & manis dpt dirasai.melihat keletah anak-anak yang tak mengerti erti kehidupan sebenar ini membuatkan hati benar2 tersentuh..kadang2 terdetik di hati bagaimana perasaan ibu bapa yang memiliki anak2 sebegini... mungkin tak mampu diucapkan perasaan tersebut namun sy pasti hati mereka redha menerima anugerah terindah kurniaan Ilahi ini.
Kadang2 tercetus rasa marah bila anak2 ini kurang memberikan perhatian apabila sesi pembelajaran bermula.tapi,itulah lumrah kejadian mereka yang perlu kita terima & insafi...namun, masih ada yang tidak tahu menghargai anugerah terindah ini.sesetengah ibu bapa lansung tak mengambil berat mengenai kebajikan serta pengurusan diri anak2 ini.tak salah rasanya andai diluangkan sedikit masa untuk menunjukkan kasih sayang dan prihatin terhadap anak sendiri..
apa yang lebih mengejutkan,ada segelintir ibu bapa yang sanggup mengaku anak mereka berstatus OKU semata2 nak dapatkan elaun pend khas sedangkan anak mereka tidak mengalami sebarang kecacatan dan mampu belajar setanding pelajar aliran normal...namun apalah kuasa guru..kami hanya menjalankan tugas mendidik mereka dan berdoa agar mereka sentiasa dilindungi Allah.
Apa yang pasti,alangkah beruntungnya ibu bapa yang memiliki anak2 istimewa ini kerana sekiranya kebajikan anak2 dijaga sebaiknya,syurgalah tempat yang dijanjikan Allah kelak....Insyaallah...
0 ulasan:
Catat Ulasan